Monday, December 14, 2009

Miss u bebeh!!!

Untuk PANA:
Yang... windu lorh...
huhu
.
.
.
.
.
TOLONG....!!!


fana wif me

TAMAN BUDAYA KUALA LUMPUR

Aku start masuk praktikal kat Taman Budaya ni 2 November 2009. Macam mana aku pilih Taman Budaya ni??? Melalui senior... Siti Nor... So dari situ aku berjaya pengaruhi 5 org lagi rakan aku untuk turut sama menjadi warga taman budaya.

Today, Selasa, 15 Disember.... Maybe hari last aku kat Taman Budaya ni... So far bayak bende yg aku blaja kat sini... Blajar mengenali org dan sebagainye.... N dengan praktikal ni jugak aku dah bjaya decide fther my study or not... dan keputusannya... AKU SAMBUNG... Kos pe tak tau lagi...
.
.
.
.
.
.
ok la t aku update lagi..
Laptop osak so tpakse gerakkan blog ni slow2...
sory yer...

Aku: Depan Taman Budaya KL



1st day aku di Taman Budaya bersama Fifah dan Zura.

Saturday, December 5, 2009

PERASAAN AKU...

...........................
.
.
.
.
.
............................
Bila diam, org kata kita ni org kampung, tak bergaul...
Bila bising, orang kata tak da otak.. dah besar panjang tak reti pk..
Bila gurau orang kata buat benda tak logik... tak cukup akal..

JADI???

Orang lain je boleh diam bila mereka nak..
Orang lain je boleh bising, gelak, ketawa kuat-kuat HAHAHAHA bila merekanak...
Orang lain je boleh wat lawak bodoh.... Asalkan jangan si mangsa....

KADANG2 DORANG ADA MATA TAPI TAK MELIHAT...
BILA DAH BUKAN DEPAN MATA, HUWARGHHH!!!!

LUMRAH ORANG: 
-Apebende die tu? Gile eh...
-Cakap tak srupe bikin...
-Boleh tak jangan wat lawak yang orang tak gelak?

LUMRAH DIRI SENDIRI:
-Peduli hape ko aku gile ke tak? Ko bagi aku makan eqq?
-Cakap aku, tak srupe or srupe ke, aku yg bikin.. Pe masalah ko?
-Aku ada wat lawak kat ko eh?

P/S: MUHASABAH DIRI SENDIRI.. TIADA KENA MENGENA DGN ORNG SEKELILING. IF TERKENA, MINTA MAAF DAN RENUNG-RENUNGKAN.. SEBAB YANG TERKENA NI YANG SLALU NAK KNA PRINGAT SEBAB DIA JA YG BETULLL.... TAK RUGI MENGALAH..




Sunday, November 8, 2009

AL-FATIHAH...

Aku tak pernah rasa pun macam mana kasih syg yg dicurahkan oleh seorang datuk. Celik je mata kat dunia ni aku dah tak da datuk. Atuk dan nenek sebelah mak dah tak da sebelum mak kahwin lagi. So, aku just ada nenek je. 


But 21 Mei 2008, nenek aku dah kembali ke rahmatullah. Aku tinggal ngan arwah 12 tahun. Bayangkan. Masa sakit aku jaga dia betul2. Dia baik sangat. Manjakan aku. Dia pernah genggam rantai dia sambil nangis dan cakap kat aku, "Won ambik la rantai ni. Tok bagi. Tok dah tak larat nak jaga diri sendiri. Kesian kat Won dok susah payah," Tapi mak aku cakap janga. Sebab bukan aku ja cucu arwah. Ramai lagi. Aku buat tu sebab sayang aku kat dia. Tolong urus diri dia waktu dia ada je. Waktu sekarang dia dah tak ada, so apa je yg aku boleh buat???


        
Ni nenek aku: Som Binti Ibrahim




Bila aku umur setahun, mak aku hantar aku kat org mengasuh. Yang jaga aku tu seorang nenek dan seorang atuk. Aku sgt dibelai dan dimanja. Apa yg aku nak semua aku dapat. Sampaikan cucu nenek tu sendiri pun dah jeles tgk nenek dan atuk tu lebihkan aku. But, Mak Tok n tok wan bagi peluang aku merasa kasih sayang diorang.



Ni arwah Mak Tok aku. Tok Chaq. Kembali ke rahmatullah 6 November 2009. 


Saturday, November 7, 2009

Membe UiTM



Before dis aku masa kat skolah memang brangan nak masuk universiti. Tapi bila dah masuk teknik then dah dapat result hasil aku blajar 2 tahun kat teknik tu, aku amat kiciwa. Huhu.. No pin u aku bli kat BSN pagi sebelum amik result. But after tgk result yg kcwa tu, aku pun rasa nak buang number pin yang aku bli kat BSN pg tu. Tapi membe2 teknik aku cakap hold. Cube je. Mana tau ada rejeki. So, aku yg tanpa segan silu pun daftar la.Disebabkan result sejarah aku ok so ak aply LAW. LAW tu wei. Berangan. Tapi tak pe.. nak seribu daya. N jurusan ketiga aku Penulisan Seni Layar. Patu masa menganggur kat umah tu aku pun di panggil temuduga untuk jurusan penulisan seni layar kat UiTM Merbok. Tu lah titik permulaan aku menjadi seorang pelajar universiti .... Banyak kenangan yang aku tak leh lupa. Antara yang aku kena tempuh ialah terpaksa berjauhan dengan family. Terpaksa... But, lepas mak ayah aku tinggal aku kat UiTM, aku dah niat nak blajar betul2... N, ni lah aku skrang. 


PELAJAR FAKULTI TEKNOLOGI KREATIF DAN ARTISTIK
KAMPUS PUNCAK PERDANA.


Ni sedikit sebanyak kisah2 aku dengan kawan2 yg banyak kongsi suka-duka semasa aku balaja n jauh dari family. Tanpa kawan, hidup kita takkan sempurna....


Nana membe 1st yg aku jumpa masa interview kat UiTM Merbok. Dulu duk SP now Wangsa Maju kot tak silap aku. Dia sgt ok ngan aku.






Ni Noni... Membe yg aku pjm pen masa intrview kat UiTM Merbok. Thanks Noni.


Hah, ni Pipah. Merangkap kawan n anak saudara aku. Dia la membe 1st yg aku jumpa kat induk. Tu pun after mak aku (mak lang) cakap "Along, ni la anak sedara Along. Anak kak Ro (mak Pipah). N aku pun bertukar number ngn pipah. Kitorang close dr part 1 till now...


Yang berpurdah ni Fana. Membe aku close dr part 1. Dia pun ada blog. Tgk2 la blog dia t eqq...




Budak ni aku panggil Angah. Org panggil Zura. Baru close jek ngan dia. So far dia ok je. Jadi isu gak la bila aku close ngn zura ni. Isu ape? Isu ntah ape2. Tapi tak pe, tak dak isu tak bes la idop. Kan? Lupa nak gitau yg dia ni wife Hafriz.


Ni Yati. Korang tak kenal kot. Membe umah aku part 1. Dia CT114 tp dah kuar dah. Mintak maap sebb pic ni je yg ada. Apa2 pun dia kna ada dalam pic ni sebb dia yg susah payah jg aku sakit masa part 1. Thnks Yati. Dia masak megi kat aku n p cari ubat n suap aku makan ubat. Jelum aku lagi... Miss u Yati...



Si comel ni namanya Sidah. mula2 dia yg suka nyakat aku. Tapi after aku dah p kursus bagaimana untuk menyakat org, dia plak kna sakat ngn aku. Hahahaiii... Sbb tu la bila nampak aku dia mengelak skrg ni... Kan carrot kan?



Macam anak mami ni Fana Penang. Masa 1 umah dgn dia dlu kitorg slalu la bli tiket skali n balik kampung sesame... Aku stakat ni tak da masalah pun ngan dia. Alhamdulillah...



Yang macam doctor ni nama Lin. Lin close ngan aku masa kitorg start 1 group CITU part 2. Dia ok. Suke nasihat aku bila ada problem. Dia pendiam je n yg paling penting suke senyum.



Kak Pah banyak ajar aku bab2 agama lorh. Em agama ke? Tak la jugak. Dia lebih ke arah menyedarkan aku la. Sampai skrg kitorg close. N hope sampai bila2 camni. Dia suka tdo awai. Klo ada org bising waktu dia tidor, hint dia dengan menutup pintu bilik dgn sekuat hati. Hehe.. Sory kak Pah...



This is Fifi. Fifi athirah and also known as Fifi Mop. Hahai.. Dia memang gile suke nyakat aku. Sangat2 nakal. But now dia dah kuar.Dia dah kje skrg ni... Eh kje ke?



Dari kiri: Lin and Fiza. Diorg memg close sgt. Dari part 1 lagi. Sampai kasut sport diorg beli pun kebetulan sama. Tu la yg kata sahabat sejati kan... Ok, Fiza ni caring. Dia nampak macam malu2, diam2. Tak kenal maka tak cinta. Dah knal baru tau Fiza ni cane. Miss hard to understand? Not really.



Ni awek alip. Namanya Dila. Org Perak. Dia dah 2 sem 1 umah dgn aku. Aku ngn dia ni suka gak gurau2 kasar. But tak sampai gaduh. N yg aku tak leh lupa time aku tak da duit dia pnah bg aku makan. huhu.. Macam sedih je. Bila aku nak ckp loghat utara cari dia la



Ni Feeya.. Budah umah aku skrg. Memula masa masuk sem aku cuak gak ngn minah ni. Ye la artis kowt. Tapi dah kenal, sgt enjoy. 



Bila Qalam mula berlari...

7 /11/09 -0730pm-sabtu


Aku sebenarnya cuba menyelami mengenai nikmat meluahkan di blog... Ni tempat baru bagi aku sebenarnya. Bila orang yang kurang arif bertanya, "eh, buang tebiat ke luah perasaan kat blog?" Aku dengan senyuman dibibir akan menjawab, "Tak pe, kita tak kacau orang," Ada betulnya. Mungkin pelik zaman IT sekarang ni. Segala-galanya depan komputer je. Takut-takut nanti zaman 50 tahun akan datang akan terkeluar jantina baru. Jantina? Ye kot... Ye la... Nanti mungkin budak umur 2 tahun akan tanya, "Mama, yang tu laki ke, pompuan ke, robot ke?" Mana taknye, semua ujung jari je... Kan?


Semua tu tak penting pun. Kelebihan luah kat blog ni, nanti-nanti tak de lah kita kacau org. Nak share problem ngan orang pun kena tengok masa jugak. Kang nanti orang ngah masak ngko p luah masalah+tambah masalah kat kpala dia, nak jugak dia baling ngan lesung batu tu kan...


So apa-apa pun yang terbaik atas pendapat individu tu sendiri. Haip? "Haip!!!"

Tuesday, July 14, 2009

sEpi


Sepi..

Sesejuk  embun  menitis  pasrah,

Baldu  membalut  menghangat tubuh,

Menutup  beku   menggigit  diri,

Bungkam  aku  di  sini,

Kering  ranting  tajam  kurenung,

Apakah  sama  dengan  nasib  menimpa?

 

Aku  sepi…

Naluriku  tenang, indah  tidak  dijelajah,

Rindu  mencengkam,

Kasih  membara,

Ngapa  mentah  diriku  dibiar  meniti  hidup  sendiri?

 

Meta  segala  pencil  kusimpan,

Rasa  menikus  lama  ditelan,

Terkapai aku  mencari  ruang,

Lautan  luas  sanggup  kurenang,

Tapi  di  pantai  inilah  jua  aku  terdampar,

 

Kembalilah…

Kolam  derita  yang  dulu  penuh  bertakung  kini  kontang,

Segalanya  tandus,

Erti  itu  cuba  kuselam,

Walau  kelat  itu  suratan,

Tanda  titisan  suci  inilah  saksi  perpisahan….